Bertukarlah kepada yang lebih diyakini...

Bertukarlah kepada yang lebih diyakini...

Friday, June 20, 2014

SEJARAH IMP

Sejarah IMP

Memandangkan betapa perlunya umat Islam mempunyai satu " Standard" sendiri, maka satu paiwaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) yang menghasilkan produk bertaraf " HALAALAN THOYYIBA " telah diwujudkan  sejak tahun 2005. Sebuah kilang yang bertaraf GMP telah ditubuhkan sebagai satu model Pengilangan IMP. Kaedah pengilangan IMP yang mematuhi tuntutan hukum-hukum dalam Islam telah dijalankan di kilang tersebut. Produk hasil pengilangan ini dijamin kesuciaannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaniah.


Apakah GMP dan Apakah IMP (Pengilangan )?


Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf " HALAALAN THOYYIBA" iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya. Maknanyna tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam.

IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti :

1. IMP - Isllamic Manufacturing Practice
2. GMP - Good Manufacturing Practice
3. HACCP - Persijilan dari  Eropah
4. ISO9002
5. Halal








No comments:

Post a Comment