Bertukarlah kepada yang lebih diyakini...

Bertukarlah kepada yang lebih diyakini...

Friday, June 20, 2014

APA ITU IMP (ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE)

IMP [ ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE ] iaitu satu Amalan Pengilangan Islam yang lahir dari cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengliang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan mengandungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani.

Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [ Halalan Thoyyiba ]

IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan " kepentingan Syahadah".

IMP meliputi 4 aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi.


Tujuan Utama Komuniti IMP


1. Mewujudkan jaringan perniagaan melalui sistem yang kemprehensif dan sistematik.
2. Melaksanakan Jihad Ekonomi dan Fardhu Kifayah.
3. Startegik Marketing dan Smart Partnership.
4. Mempelbagaikan produk Halaln Thoyyiba di pasaran dan mengembangkan rangkaian pemasaran borong dan runcit agar produk IMP mudah sampai kepada pengguna.
5. Penyaluran maklumat mengenai produk Halal dan Pendedahan mengenai kandungan bahan-bahan yang tidak halal dan kontiminasi-kontiminasi HARAM dalam makanan umat Islam serta stretegi musuh Islam dalam makanan dan barangan Ummah Islam untuk melemahkan mereka secara total.




Falsafah IMP : PANDANG YANG SATU DALAM YANG BANYAK DAN PANDANG YANG BANYAK DALAM SATU.

SEJARAH IMP

Sejarah IMP

Memandangkan betapa perlunya umat Islam mempunyai satu " Standard" sendiri, maka satu paiwaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) yang menghasilkan produk bertaraf " HALAALAN THOYYIBA " telah diwujudkan  sejak tahun 2005. Sebuah kilang yang bertaraf GMP telah ditubuhkan sebagai satu model Pengilangan IMP. Kaedah pengilangan IMP yang mematuhi tuntutan hukum-hukum dalam Islam telah dijalankan di kilang tersebut. Produk hasil pengilangan ini dijamin kesuciaannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaniah.


Apakah GMP dan Apakah IMP (Pengilangan )?


Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf " HALAALAN THOYYIBA" iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya. Maknanyna tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam.

IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti :

1. IMP - Isllamic Manufacturing Practice
2. GMP - Good Manufacturing Practice
3. HACCP - Persijilan dari  Eropah
4. ISO9002
5. Halal








CERITERA IMP

Perbezaan IMP & GMP

Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang dihasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-Coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. (BPFK).

IMP ialah satu paiwaian yang bertaraf " HALALAn THOYYIBA" sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya. " Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminas dengan bahan-bahan haram". Malahan juga suci dari sudut rohaninya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.

Maksud Hadis : " Halal itu jelas dan haram itupun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (Syubahat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya...."


Proses Pengilangan IMP

Proses Pengilangan IMP terbahagi kepada 3 :

1. Pengusaha
2. Situasi Kilang & Bahan Mentah
3. Pekerja

PENGUSAHA IMP

Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah :

  1. Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk.
  2. Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
  3. Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
  4. Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan di tuntut di akhirat kelak.
  5. Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
  6. Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.


SITUASI KILANG DAN BAHAN MENTAH

  1. Susunan dalam kilang mengikut syariat.
  2. Tidak ada muzik
  3. Ada Nur bacaan Al-Quran
  4. Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP
  5. Ada kuliah kefahanam agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu
  6. Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
  7. Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya : bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.



PEKERJA

  1. Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Raulnya (Menutup Aurat).
  2. Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
  3. Mengetahui tentang air mutlak adn air mustakmal
  4. Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
  5. Sentiasa ada air wudhu'
  6. Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
  7. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan
  8. Perempuan yang haid dipindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagia lain.



HIKMAH IMP

Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dar kesucian tangan- tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan nur wudhu yang sentiasa ada pada operator dan di iringi dengan Bismilla... di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan , nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita..."

Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemerukaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. Memakan makanan Halalan Thoyyiba Insyaallah akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti.