Perbezaan IMP & GMP
Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang dihasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-Coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. (BPFK).
IMP ialah satu paiwaian yang bertaraf " HALALAn THOYYIBA" sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya. " Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminas dengan bahan-bahan haram". Malahan juga suci dari sudut rohaninya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.
Maksud Hadis : " Halal itu jelas dan haram itupun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (Syubahat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya...."
Proses Pengilangan IMP
Proses Pengilangan IMP terbahagi kepada 3 :
1. Pengusaha
2. Situasi Kilang & Bahan Mentah
3. Pekerja
PENGUSAHA IMP
Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah :
- Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk.
- Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
- Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
- Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan di tuntut di akhirat kelak.
- Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
- Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.
SITUASI KILANG DAN BAHAN MENTAH
- Susunan dalam kilang mengikut syariat.
- Tidak ada muzik
- Ada Nur bacaan Al-Quran
- Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP
- Ada kuliah kefahanam agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu
- Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
- Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya : bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.
PEKERJA
- Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Raulnya (Menutup Aurat).
- Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
- Mengetahui tentang air mutlak adn air mustakmal
- Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
- Sentiasa ada air wudhu'
- Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
- Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan
- Perempuan yang haid dipindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagia lain.
HIKMAH IMP
Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dar kesucian tangan- tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan nur wudhu yang sentiasa ada pada operator dan di iringi dengan Bismilla... di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan , nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita..."
Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemerukaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. Memakan makanan Halalan Thoyyiba Insyaallah akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti.

No comments:
Post a Comment