Bertukarlah kepada yang lebih diyakini...

Bertukarlah kepada yang lebih diyakini...

Thursday, August 28, 2014

Tazkirah IMP : LARI DARI MAJLIS ILMU ALLAH DAN MENDATANGI SOUQ (PASAR/KEDAI KOPI).

Selagi manusia (Islam) itu jahil dan belum menyempurnakan ILMU FARDHU 'AINnya yakni ilmu yang wajib diketahui atasnya, maka wajiblah dia berusaha untuk mendapatkan ilmu tersebut melalui majlis-majlis ilmu di mana sahaja dengan berguru supaya SAH amalannya.

Bila ada masa atau ruang yang banyak dan dia tidak mengisikan dengan Ilmu-ilmu Fardhu Ain tadi  akan jadi berdosa (haram) atasnya kerana meningglakan yang wajib. Dan sekiranya ia sudah ALIM hendaklah pula ia mengajar kepada yang jahil.

Bila dia terus beramal seperti Solat dan lain-lain ibadat dalam keadaan jahil maka amalnya tertolak sebab nabi bersabda bermaksud : " Beramal tanpa Ilmu itu BATAL"

Waktu itu ada 3 bahagian: Waktu siang, MAlam dan Tengah Malam. Waktu sinag untuk bekerja mencari rezeki yang halal, waktu awal malam bersama masjid atau bersama AHLI ILMU mencari Ilmu serta mendalami ilmu bagi MENGHILANGKAN KEJAHILAN, dan Pertengahan Malam untuk bersama-sama dengan Allah swt yakni beribadat kepada -Nya.

Sekarang ini yakni la...la..la.. ni disebabkan KEJAHILAN telah BERMAHARAJALELA dan menjadi RAJA YANG MAJNUN, banyak orang yang mengaku beragama ISLAM tersilap "versi" iaitu waktu malam pun masih berada di pasar-pasar seperti MYDIN, TESCO, GIANT atau RESTORAN2/KEDAI KOPI bagi memenuhi IMPIAN PERUT, NAFSU & SYAHWAT. MAsih berbicara soal dunia yang belum tamat pada waktu siang tadi.... KERANA APA? Mereka menggunakan kekuatan AQAL (tahsinul aqil) untuk menguraikan permasalahan mereka, sedangkan mereka ada agama, ada petunjuk sepanjang zaman HUDAL LIL MUTTAQIN (petunjuk bagi oang yang bertaqwa) iaitu Al-Quran, seolah-olah mereka menafikan AL-IMAM mereka (bila mereka mengabaikan Al-Quran)

Bagaimana nak jawab di dalam KUBUR bila ditanya siapa IMAM kamu nanti.. apa bisa kamu mau mengatakan Imam mu adalah AL-QURAN...? sedangkan semasa kamu hidup panduan mu adalah AQAL & NAFSU mu...! Quran pun tak nak belajar... nak baca aper lagi.... Kalau dibanding dengan WHATSAPP memang kamu terlalu handal menggunakannya. Selesai solat sahaja terus pegang handphone tengok kot2 ada berita dalam whatsapp kamu....! Kononnya UPDATE NEWS..!!! Sepatutnya lepas solat bacalah dua tiga baris Al-Quran... ye lah .. bukan sennag nak buat begitu,bang!! Dulu tak belajar Quran .. ini lah jadinya.. dulu pun tak pernah belajar whatsapp tapi la ni boleh pula gunakannya siang dan malam. Tak payahlah nak tipu Tuhan, Tuhan pun dah tau apa ada dalam hati perut kamu tu.. itulah secebis coretan orang Melayu Islam yang  di akhir2 zaman . Terlalu memuliakan kehidupan di dunia yang akan DITINGGALKANNYA tidak lama lagi. Bisikan nafsu terlalu kuat sehingga satu minit pun tidak sanggup berjauhan dengan hp seperti orang di lamun cinta.

Alangkah baiknya kalau perbuatan itu dilakukan terhadap AL-Quran. Membaca Quran, menambahkan cahaya dan memberikan petunjuk hidup manakalawhatsapp sekadar menghabiskan waktu dan masa tanpa mendapat apa2 pahala melainkan dengan niat beribadat dan pada jalan yang berfaedah.

Kemudian setelah mereka2 ini lari daripada majlis majlis yang mulia yakni majlis2 ilmu mereka akan dibisikkan oleh Iblis, Setan dan Nafsu supaya mendatangi pasar2 atau "kedai2 perut" kononnya untuk berbuat itu dan ini.. seterusnya MENGHALALKAN PERBUATAN MEREKA. Dalam kepala penuh dengan IDEA_IDEA NAFSU NAFSI untuk dibicarakan di sana nanti. Bersusah payah mereka menghabiskan waktu untuk berbicara soal dunia di sana sedangkan DUA RAKAAT SOLAT ISTIKHARAH MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.... tapi nak buat macam mana dah jadi budaya TAK PERCAYA PADA TUHAN... bukan tak percaya bang.. nak bincang-bincang... tak percaya la tu.. sedangkan yang nak MENENTUKAN jadi ke tidak kerjanya adalah TUHAN bukannya otak & aqalnya! Alangkah indahnya di waktu itu ia bermunajat kepada Allah serta memohon keampunan dan petunjuk dari Tuhan yang Maha Agung dalam menentukan arahtuju pekerjaannya supaya "MABRUR".

Sampai rumah dah tengah malam...habis masa mlm itu utk menelaah ilmu2 Allah yg sangat BERHARGA sbb melayan KEHENDAK PERUT YG TAK PERNAH PUAS.

Ketika Nabi saw memasukki pasar Baginda saw berdoa bermaksud: "Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kpd-Mu kebaikan pasar ini dan kebaikan apa yg terdapat di dlmnya. Dan aku berlindung kpd Mu dari kejahatan apa yg ada di dlmnya. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kpd Mu drpd aku terkena sumpah palsu dan hasil yg rugi (riwayat Buraidah r.a.)

Perniagaan pasar bukan waktu malam. Waktu malam utk beribadat...itu yg diajarkan Nabi saw TAPI kita la ni dah terlebih pandai.......kata nak BOIKOT YAHUDI....yang dok masuk pasar malam malam buta tu kerja Yahudi la bang...Dok BOIKOT MCD shj tapi cara hidup dan perangai Yahudi tak boikot pula!

Begitulah yang akan terjadi apabila JAHIL telah menguasai hati......mata, telinga, kaki, tangan, hidung.......semuanya akan jadi jahil dan pak turut Iblis dan Setan. JAHIL maksudnya tidak faham apa itu perintah agama. Entahlah munkin ada Islam kuno dan Islam moden....kononnya Islam moden kena sesuaikan hidup mcm zaman la ni....fikirlah dgn mata hati mu wahai yg tertipu.


Hati mu tempat memandangnya Allah swt dan di hati mu juga tempat Iblis mencari dan membuat rumahnya. JGN BIARKAN "RUMAH" (hatimu) menjadi MILIK SETAN.  Pasti kelak kamu akan di dibinasakannya.

Hiaskanlah SISA2 waktu hidupmu MENGHINA DIRI dan  MEMPERHAMBAKAN di majlis2 Ilmu Allah supaya kamu akan sentiasa di rahmat-Nya. Cubalah tilik dgn mata hati sebentar betapa kamu sentiasa kerugian kerana mensia2kan waktu mu berada di tmpt yg tidak berfaedah.
Memang nafsu kamu puas utk hari ini, tp besok nafsu itu akan meminta lagi perkara yg sama.....jadi......bilakah berakhirnya?

Mahasabahlah. Belajarlah menilai kehidupan yg sebentar dan sementara ini. Jangan tunggu esok atau minggu dpn kerana belum tentu lagi KAMU AKAN TERUS HIDUP.

MASA YG BERLALU ADALAH MASA HIDUPMU. MASA SEKARANG ADALAH MASA "PEREBUTAN" ANTARA HIDUP DAN MATI. DAN MASA DI HADAPAN MU ADALAH MASA KEMATIAN MU.

No comments:

Post a Comment